Tuesday, October 10, 2023

Saya Anak Malaysia 2020

Input, Proses, Output dan Storan

 Input, Proses, Output dan Storan


a) Input adalah aktiviti memasukkan data ke dalam sistem komputer. Data dimasukkan ke dalam sistem komputer melalui aktiviti:

1. Menaip data secara manual menggunakan papan kekunci .

2. Memilih dan klik dari senarai yang disediakan menggunakan tetikus.

3. Mengimbas dokumen, imej dan sebagainya menggunakan pengimbas.


b) Proses adalah langkah menukarkan data kepada maklumat yang berguna.


c) Output ialah maklumat yang dipaparkan oleh komputer selepas data diproses mengikut arahan yang diberikan oleh peranti input.

Contoh output ialah paparan teks, video atau imej di monitor, teks atau imej yang dicetak oleh pencetak dan paparan di projector LCD.


d) Storan ialah tempat untuk menyimpan data untuk tujuan kegunaan masa hadapan.




Ingatan (Memory/RAM)

 

Ingatan (Memory/RAM)



Ingatan atau Memory yang lebih dikenali sebagai RAM (Random Acces Memory) merupakan tempat simpanan sementara sesuatu data dalam sistem komputer anda sebelum dipindahkan secara kekal kepada Cekera liat atau cekera liut anda. Walaubagaimana pun terdapat dua jenis ingatan utama iatu RAM dan ROM (penjelasan sila lihat pada tajuk RAM dan ROM)


Teluk Cempedak

Pantai Teluk Cempeda


 Pantai Teluk Cempedak terletak kira-kira 5 km dari Kuantan, Pahang, Malaysia. Ia merupakan tempat perkelahan yang popular dan menjadi tumpuan ramai terutamanya pada hujung minggu. Mempunyai pasir pantai yang bewarna putih melepak dan gebu.

Kerajaan Negeri Pahang telah membina pelbagai kemudahan di Teluk Cempedak. Antara kemudahan yang disediakan ialah :

Menara tinjau

Restoran dan gerai-gerai

Titi / Jambatan menyusun pinggir bukit

Surau

Bilik mandi / tandas

Tembok pinggir pantai

Pentas

Hotel

Tempat letak kereta yang luas.







Pulau Perhentian Kecil

 Pulau Perhentian Kecil


Pulau Perhentian ialah satu gugusan pulau yang terletak sekitar 10 batu nautika (19 km) dari pantai dalam timur laut negeri Terengganu, Malaysia, sekitar 40 batu (64 km) selatan dari sempadan Thailand. Dua pulau utama ialah Perhentian Besar dan Perhentian Kecil.





Pulau Perhentian Kecil, Terengganu yang dilihat dari Perhentian Besar

Pulau ini pada awalnya tidak mempunyai nama yang khusus. Ia dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagang yang berulang alik dari China ke Asia Tenggara seperti Singapura, Jawa dan beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu. Di pulau ini juga dijadikan tempat persinggahan kapal-kapal garam dari Singgora (Selatan Thai), untuk menghantar garam ke Kuala Terengganu.Iaitu pulau tempat kapal-kapal singgah atau berhenti seketika sebelum meneruskan pelayaran. Sehingga sekarang pulau ini masih lagi dijadikan tempat berlindung bagi kapal-kapal dari angin kencang dan ombak besar.

TELUR AIR ASAM

 


BAHAN-BAHAN:

4 biji telur

Cili padi secukupnya – lebihkan jika suka pedas

1/2 biji bawang besar – hiris @ cincang

1-2 biji tomato – hiris @ cincang

BAHAN AIR ASAM:

Asam jawa

Garam secukup rasa

Aji secukupnya – jika suka

Air suam secukupnya

SINGGANG PEDAS IKAN KERISI

 



BAHAN-BAHAN:

4 ekor ikan kerisi
5 biji cili padi
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit
3 cawan air
5 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
2 kuntum bunga kantan | belah 2
8 tangkai daun kesum






 




Saya Anak Malaysia 2020