Tuesday, October 10, 2023

Input, Proses, Output dan Storan

 Input, Proses, Output dan Storan


a) Input adalah aktiviti memasukkan data ke dalam sistem komputer. Data dimasukkan ke dalam sistem komputer melalui aktiviti:

1. Menaip data secara manual menggunakan papan kekunci .

2. Memilih dan klik dari senarai yang disediakan menggunakan tetikus.

3. Mengimbas dokumen, imej dan sebagainya menggunakan pengimbas.


b) Proses adalah langkah menukarkan data kepada maklumat yang berguna.


c) Output ialah maklumat yang dipaparkan oleh komputer selepas data diproses mengikut arahan yang diberikan oleh peranti input.

Contoh output ialah paparan teks, video atau imej di monitor, teks atau imej yang dicetak oleh pencetak dan paparan di projector LCD.


d) Storan ialah tempat untuk menyimpan data untuk tujuan kegunaan masa hadapan.




No comments:

Post a Comment

Saya Anak Malaysia 2020